Followers

About

Monday, February 11, 2013

VIDEO Nazmi Faiz bermesra dengan 'girlfriend'nya

0


Thursday, August 2, 2012

Menarik di Churp-Churp!

0

Saturday, July 28, 2012

GAMBAR Cantiknya Shila Amzah bertudung di bulan Ramadhan

1

Nampaknya di bulan Ramadhan yang mulia ini, selebriti-selebriti tempatan terutamanya wanita mencuba sehabis baik untuk menghormatinya dengan memakai tudung. Salah seorang daripadanya tak lain tak bukan ialah Shila Amzah. Serius kecomelan Shila jelas kelihatan apabila bertudung.

gambar shila amzah bertudung

Mana tahu dengan latihan bertudung di bulan Ramadhan ini, suatu hari nanti Shila Amzah akan terbuka untuk berhijab sepenuhnya. Sama-samalah kita doakan.

gambar shila amzah bertudung
gambar shila amzah bertudung
gambar shila amzah bertudung
gambar shila amzah bertudung
gambar shila amzah bertudung
gambar shila amzah bertudung
gambar shila amzah bertudung
gambar shila amzah bertudung

sumber: beautifulnara

GAMBAR Artis wanita menghisap ganja dan parti liar!

0

Gambar Artis Wanita Hisap Ganja Tersebar?

Nampaknya makin ‘meriah’ dunia hiburan kita dengan kehadiran ramai artis-artis baru.

Namun mereka seolah-olah lupa, bila bergelar artis, secara tidak langsung gerak-geri dan tindakan mereka akan menjadi perhatian, akan menjadi bualan.

Terbaru, khabarnya dah bersebaran foto-foto kononnya milik seorang artis wanita di dalam internet.

Blog hiburan myartis.com ada cerita mengenainya.

Lebih mengaibkan, foto itu pula menunjukkan dia sedang menghisap ganja!

Tak cukup dengan itu, ada juga foto dia sedang bersosial di parti liar.

Menambahkan perit lagi, ada pula gambarnya dikerumuni beberapa orang pemuda lain di atas katil.

Kalau betullah foto tersebut ASLI, mau berbuih mulut artis wanita ini nak buat penjelasan nanti…ataupun mungkin dia tak kisah? mungkinkah dia juga bangga dengan kelakuan itu?

Kita tunggulah yang punya badan keluarkan ‘statement’ dari mulutnya sendiri.

Entahlah…

Saturday, July 21, 2012

Lapan Banduan Dapat Pengampunan Sultan Johor Dibebaskan sempena bulan Ramadhan

0

Sultan Johor Bebaskan Lapan Banduan Berpuluh Tahun Dalam Penjara Sempena Ramadan

KAJANG – “Saya tak dapat bayangkan macam mana besarnya cabaran selepas dibebaskan ini, maklumlah dekat 30 tahun terkurung dalam penjara, tetapi saya bersyukur sangat-sangat kepada Allah dan berterima kasih sungguh kepada Sultan Johor di atas pengampunan ini”.

Hanya itu yang mampu dilafazkan Mel (bukan nama sebenar), 58, salah seorang daripada lapan orang banduan yang dibebaskan setelah mendapat pengampunan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim sempena bulan Ramadan pagi tadi.

Mel ditangkap setelah terlibat dalam kes senjata api dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hayat sejak tahun 1982 lagi.

Sejak itu, Mel sudah beberapa kali membuat rayuan untuk dibebaskan namun semuanya hampa.

Namun kira-kira tiga bulan lepas, dia mendapat khabar gembira yang dia akan dibebaskan daripada menjalani hukuman tersebut.

” Nak tahu lama tak lama saya kat penjara…waktu saya masuk ke ‘dalam’, stesen televisyen TV3 pun tak wujud lagi,” katanya sambil tersenyum.

Begitupun Mel beruntung kerana walaupun sebegitu lama bergelar banduan, tetapi dia langsung tidak pernah dipinggirkan oleh keluarganya.

Malah sewaktu pembebasannya pagi tadi, ramai ahli keluarganya yang hadir menyebabkan suasana menjadi pilu seketika apabila kesemuanya memeluk erat Mel yang segak berbaju Melayu serta lengkap bersampin.

Turut hadir sewaktu pembebasan tersebut adalah Timbalan Pengarah Penjara Kajang, Adnan Atan dan Ketua Unit Perhubungan Awam Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Supri Hashim.

Namun perasaan gembira bercampur hiba menyelubungi Pak Din (bukan nama sebenar) apabila dia hanya mampu menitiskan airmata kerana tiada ahli keluarga yang datang menyambut pembebasannya itu.

” Saya orang Indonesia, keluarga saya jauh…kali terakhir mereka melawat saya pun kira-kira 15 tahun lepas, tidak mengapalah, saya tak mahu menyusahkan sesiapa.

” Namun saya bersyukur kerana walaupun saya bukan orang Malaysia, tetapi Sultan Ibrahim masih sudi untuk memberi pengampunan kepada saya, ini menunjukkan Tuanku tidak pernah membeza-bezakan kami para banduan yang ditahan di sini,” katanya sambil menitiskan airmata terharu.

Baru-baru ini Sultan Ibrahim berkenan memberi pengampunan penuh dan perintah pembebasan terhadap lapan orang banduan.

Sultan Ibrahim turut berkenan meringankan hukuman gantung sampai mati kepada hukuman penjara terhadap empat banduan dan memberi pengampunan kepada seorang lelaki yang disabitkan kesalahan ketika berumur 18 tahun pada 1985 untuk membersihkan namanya daripada rekod sabitan kesalahan.

Pada 19 Januari lalu, Sultan Ibrahim telah mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Johor.

Atas nasihat daripada anggota Lembaga Pengampunan Negeri Johor, Peguam Negara dan mempertimbang semua aspek seperti kesalahan banduan, tempoh hukuman yang dijalani serta pemulihan yang dicapai oleh banduan, maka Sultan Ibrahim dengan limpah kurnia dan perkenannya telah mempertimbangkan pembebasan dan meringankan hukuman kesemua banduan yang terlibat

Lembaga Pengampunan Negeri Johor itu dihadiri Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail serta tiga anggota lembaga pengampunan iaitu Datuk Law Boon King, Datuk Rashidi Mohd Noor dan Datuk Dr M.Harjit Singh.

Daripada lapan banduan yang akan dibebaskan pada 1 Ramadan itu, seorang daripadanya, Sapuan Hanin, 58, adalah banduan di bawah kes rayuan pengampunan hukuman mati di bawah Peraturan 114, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 manakala tujuh yang lain yang berumur 41 hingga 63 tahun, adalah banduan di bawah kes Kajian Hukuman Empat Tahun Sekali (KHETS) di bawah Peraturan 54, Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

Sapuan telah menjalani hukuman 24 tahun penjara sejak 1987 atas kesalahan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.

Tujuh yang lain pula, katanya, dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat dan telah menjalani hukuman penjara antara 22 dan 37 tahun serta dikenakan antara enam dan 10 sebatan atas kesalahan rompakan dan memiliki senjata api.

Empat banduan yang diringankan hukuman gantung sampai mati kepada hukuman penjara pula adalah banduan di bawah kes rayuan pengampunan hukuman mati di bawah Peraturan 114, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 iaitu yang terlibat dengan kes pengedaran dadah dan bunuh.

Tiga daripada mereka yang berumur 36 hingga 41 tahun dan telah menjalani hukuman penjara antara lapan dan 14 tahun, diperkenan diringankan hukuman penjara sepanjang hayat (tiada tarikh bebas) manakala seorang lagi yang berumur 57 tahun, yang telah menjalani hukuman 16 tahun penjara, diringankan hukuman kepada penjara seumur hidup (20 tahun),” katanya.

Keseluruhannya sebanyak 32 kes rayuan telah disemak oleh Lembaga Pengampunan Negeri Johor, namun hanya 13 kes yang mendapat pengampunan daripada Sultan Ibrahim. – Mynewshub.my/ Foto ihsan Amran Zainol

Soo Wincci cuba berpuasa di bulan Ramadhan

0

Soo Wincci

Soo Wincci, nama yang kian meningkat naik selepas menyertai program realiti amal, MasterChef Selebriti Malaysia kini semakin diminati terutama dari kalangan penonton Melayu.

Setelah melancarkan CD Pop Melayu pertamanya, Terus Teranglah, ratu cantik dan penghibur ini mula mendekatkan diri bersama komuniti Melayu dengan berusaha untuk berpuasa sepanjang Ramadhan.

“Ramai di kalangan rakan-rakan dan peminat Cina yang ingin tahu serta pelik berkenaan keputusan saya ini.

“Tetapi saya ingin hidupkan semangat bersama rakan-rakan saya yang berbangsa Melayu,” kata Soo.

Berpuasa pastinya sesuatu yang mencabar bagi mereka yang baru hendak mengamalkannya.

Namun, ia tidak menjadi penghalang kepada Soo apabila dia berusaha untuk mendapatkan tips dari rakan-rakan berbangsa Melayu serta dia telah mula mengurangkan pengambilan makanan dan mengamalkan pengambilan kurma.

Selain itu, Soo juga tidak menjangkakan yang dia telah mendapat tempat di hati peminat Melayu setelah dia berjaya menjadi salah seorang finalis MasterChef Selebriti Malaysia.

Soo yang berusia 27 tahun merasakan perubahan itu sesuatu yang sangat drastik.

“Disebabkan MasterChef, ramai orang mula mengenali saya dan tahu saya juga seorang penyanyi.

“Ini merupakan batu loncatan bagi saya dan membantu memperbaiki penggunaan Bahasa Melayu saya,” ujar Soo.

Dia yang merupakan ‘Miss Malaysia World 2008′ mengatakan yang dia gemar mendengar lagu Melayu seperti lagu Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti.

Pada masa yang sama, Ajai menjadi tulang belakang yang penting apabila dia merupakan komposer dalam pembikinan kesemua empat lagu dalam album tersebut.

Nampaknya, Soo yang berbangsa Cina dan bukan beragama Islam berusaha untuk berpuasa, bagaimana dengan anda?

Semoga Soo seronok menjalani bulan Ramadhan ini bersama rakan-rakan serta peminatnya.

Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber: Daily Chilli


Thursday, July 19, 2012

KOLEKSI GAMBAR HOT SOO WINCCI

0

Apa yang menarik di Churp-Churp?

0

Abby Abadi mempersoalkan mengenai aurat di twitter. Motif?

0


Kalau anda mengikuti perkembangan status Abby Abadi di Twitter, selebriti itu kini memang sedang sibuk berdakwah dengan cara tersendiri dan hey, itu sesuatu yang bagus.
Walaupun di’cabar oleh Dato’ AC Mizal untuk berdebat tentang isu ISA & PDRM, Abby Abadi tetap dengan pendirian, hijrah dan dunia baru agama & politik beliau kini.
Awal pagi tadi, Abby Abadi telah menulis melalui Twitter beliau meminta pandangan tentang keadaan kini di’mana ramai wanita tidak menutup aurat & menjadi perkara biasa.
“Kanapa ya ramai wanita yang rasa tidak menutup aurat pun tidak mengapa? Free-hair itu tidak berdosa? Ada yang boleh beritahu sebabnya kenapa? Kita kongsi, mahu tahu boleh?”
Ayat Abby Abadi kami strukturkan semula supaya senang anda baca. Yang penting, pertanyaan Abby Abadi itu mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak.
Kebanyakkan mereka yang tidak senang dengan pertanyaan Abby Abadi ini berkata selebriti ini masih belum layak mempersoal aurat orang lain oleh kerana sejarah silam’nya yang juga dahulu’nya tidak menutup aurat.

Wednesday, July 18, 2012

VIDEO Iklan Ramadhan / Hari Raya 2012 Khairul Fahmi Che Mat bersama 100 Plus

0